:: Selamat Datang :: Welcome :: Huang Hying :: Vanekem ::

Monday 5 April 2010

Selamat Tinggal 4 Aktif 2010....

Selamat tinggal 4 Aktif 2010... Huhu... Adakah kalian terasa dengan pemergiannya? Ni bukan cerita sedih sangat. Masih ok-ok lg... Cuma bermula minggu ini kelas 4 Aktif telah kehilangan 3 orang pelajarnya... Mungkin ucapan selamat tinggal 4 Aktif terucap di bibir mereka.

Syahid, Dinesh dan Azim telah mengubah haluan aliran apabila mengambil keputusan untuk 'melarikan diri' daripada Sains Tulen. Atau mungkin lebih tepat dikatakan mereka ingin berkecimpung dalam bidang Perakaunan.... Syahid telah 'meletak jawatan' sebagai pelajar 4 Aktif bermula hari Rabu/31.03.10. Azim dan Dinesh pula memulakan tirai minggu ini (Isnin/05.04.10) sebagai bekas pelajar 4 Aktif 2010...

Saya yakin kalian telah fikirkan semasaknya apa yang tebaik untuk masa depan kalian. Berbekalkan semangat dan dorongan daripada Miss V, semoga segala cabaran dan dugaan dapat ditempuhi secekalnya...

Hm... Diharap kalian bertiga akan terus gagahkan diri untuk melakukan yang terbaik demi masa depan kalian. Jangan malas-malas wat homework, jgn ponteng-ponteng kelas ke, sekolah ke solat ker... Jdlah orang yg berguna walaupun bukan untuk nusa dan bangsa tetapi setidak-tidak nya untuk diri sendiri kerana kalian adalah lelaki. Lelaki seperti kalianlah yang akan membentuk dan memimpin keluarga, isteri dan anak-anak agar terus menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang!!!

0 comments:

Post a Comment