:: Selamat Datang :: Welcome :: Huang Hying :: Vanekem ::

Thursday 30 December 2010

Senarai Pelajar 4 Aktif 2010 Yang Kekal Keaktifannya...

4 Aktif 2010 -> 5 Aktif 2011

  • Anita
  • Divya
  • Jamuna
  • Luqman
  • Mimi
  • Daus
  • Mu'iz
  • Asyraf
  • Zufar
  • Rain
  • Nek
  • Balqis
  • Teyha
  • Najwa
  • Raja
  • Sahrmily
  • Sharif
  • Aysha
  • Hanisah
  • Tamila
  • Yasser
  • Edie

4 Aktif 2010 -> 5 Adil 2011

  • Aimy
  • Wan
  • Syuhada Z
  • Syuhada A
  • Denise
  • Seb
  • Lye
  • Fareez
  • Nadhir
  • Kumeera
  • Pavi
  • Arina

Apape pon, GooD LUCK FOR SPM 2011!!!!!!!!

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Oktober 2010




Maaf la semua, cikgu lambat sgt post... Sampai korang da tau masuk kelas mana br nak post ek... Hehe...


Friday 15 October 2010

Peperiksaan Akhir Tahun 2010 Sudah Datang...

Tahniah pada semua warga pelajar KD10 kerana akan menduduki peperiksaan setelah hampir 10 bulan berhempas pulas belajar bersungguh-sungguh... Apa yang perlu korang buat adalah ulangkaji + ulangkaji + ulangkaji dan luahkan hasil pelajaran korang tu di atas kertas jawapan... Apa yang korang semua luahkan tu adalah masa depan korang... Jangan sia-siakan masa yang Tuhan beri sekarang nih... Gunakan kelebihan otak yang Tuhan beri kerana kalau korang tak gunakan sewajarnya untuk perkara baik dan berfaedah, korang da sama standard dengan haiwan...

Haiwan ada otak malah ada yang otaknya lebih besar daripada matanya tapi mereka tak dapat berfikir sewaras manusia... Tindakbalas haiwan berlaku melalui perasaan mereka... Sebab tu binatang sayangkan anak lebih dari segalanya. Tak seperti manusia yang berotak seperti binatang yang sanggup buang, dera, bunuh anak mereka... *termasuk topik lain pulak...*

Kepada yang telah menduduki peperiksaan Tasawur Islam dan Prinsip Akaun Khamis & Jumaat tu diucapkan tahniah da melepasi 2 subjek... Tapi terus lakukan yang terbaik untuk peperiksaan seterusnya. Cikgu tau korang da lakukan & cuba lakukan yang terbaik... InsyaAllah, usaha korang tu akan membuahkan hasil. Kalau tak sekarang pon, hasilnya mungkin akan nampak 20 tahun lagi bilamana anak korang pulak yang akan mengikut jejak langkah korang....

Ingat! Anak adalah hasil asuhan ibubapa @ penjaganya.. Baik asuhannya, baiklah jadinya... Salah asuhan, parah ar korang nak jaga anak-anak korang nanti...

Akhir kata "SEMOGA BERJAYA DAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010"

Thursday 23 September 2010

Open House @ Cikgu's Apartment...

Assalamualaikum... Hai all...

Sabtu ni bersamaan 25/9, jemputlah datang ke rumah cikgu yer... Ada la sikit makan2.... Nak buat 'party' kat kelas macam sebelum ni da x boleh... So buat la kat apartment comel cikgu je yer... Takleh nak sediakan makanan best2 sangat coz pagi tu sekolah ganti... Balik umah x sempat sangat nak sediakan macam2.... So, melantak je ar ape yang ader ek... Jemputan juga ditujukan kepada student 4ABR, 4Buk, 4CRD & 4Dam juga x lupa kepada rakan2 seperjuangan...

Kepada Balqis, semoga cepat sembuh seperti sediakala ek... Amin...



Sunday 5 September 2010

Penghujung Ramadhan...

Pejam celik pejam celik, da pun sampai kita ke minggu terakhir Ramadhan... Macamana dengan puasa sebelum ni? Ok tak? Harap-harap kepada sesiapa yang tertinggal barang sehari dua atau seminggu dua *ada ke?* tu ingat-ingat semula berapa hari korang semua bercuti ek... Jangan sampai masa nanti.. "Laaa... Ada 2 hari lagi ar... Alamak... Kena bayar kafarah ar plak..."... Ha... Tak tau....

Minggu terakhir minggu untuk banyakkan amalan, meramaikan rumah Allah... Bukan stakat minggu untuk meramaikan pasaraya @ pasar malam @ pasar borong @ bla bla bla... So, fikir-fikirlah apa yang terbaik untuk korang yer... Jangan lupa jenguk-jenguk anak bulan tuh... Mana tau mak nye dah masukkan dalam walker.. Laju je dia lari sana sini... Hehe...

Di kesempatan ini, cikgu nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin... Mana-mana yang termarah tu harap korang terima la ek untuk kebaikan korang gak... Tanam azam baru untuk jadi yang lebih baik mulai saat ini... Transformasikan diri menjadi insan yang lebih sejati dan berbakti...

P/s : Saje ucap awal coz raya ni sure bz bertandang sana sini... Jangan lupa bawak kuih raya ke sekolah nnt ek... Kita buat Party Raya pulak... XD.....

Pertama kali beraya sebagai suami isteri... Hehe...

Saturday 28 August 2010

Dah Selamat Mengetest.....

Tahniah kepada semua pelajar 4 Aktif 2010 kerana telah selamat menduduki ujian... Diharap markah kali ni lebih baik dari yang sebelumnya... Bkan apa, ujian ni soalan senang dr peperiksaan. So, takdelah berat sangat otak tu kot!! Ahax... So, sempena ujian dalam suasana baru ni, cikgu nak korang semua mengimbau plak suasana masa exam/test kat klas lama ek... Saksikan kenangan semusim...













P/s : Markah & kedudukan maybe lepas raya ek...

Thursday 12 August 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...

Assalamualaikum semua warga kelas 4 Aktif 2010 yang beragama Islam...

Sempena Ramadhan yang telah 2 hari kita semua tempuhi, cikguingin ucapkan Selamat Berpuasa dan selamat beramal... Jgn sia-siakan waktu yang ada... Tidur tak salah tapi jangan melebih-lebih *utk Nek & Yasser*... Cuba jadi ummah yang terbaik di bulan mulia ini dan teruskan melakukan kebaikan sepanjang hayat...

Ingat pesan Ustaz Hanafie kelmarin, RAJ = D.U.S... Jgn abaikan pesanan beliau selagi hayat dikandung badan... Insya-Allah, hidup berkat dunia-akhirat...

Ramadhan tiba kita berpuasa,
Sahur pula ditinggal jangan,
Semoga tiada yang ponteng puasa,
Tahan sedikit hanya sebulan.

Semoga semuanya sihat-sihat belaka... Semoga puasa tahun ni semua penuh sebulan *kecuali keuzuran*... Jangan terlebih makan... Jaga kesihatan...

Saturday 31 July 2010

Pemenang Pencarian Model Jejaka Maskulin 4 Aktif 2010....

Gasak... Pencarian model apebenda tah... Bukan ar.... Bukan... Cuma model kepada baju rasmi kelas yang telah selamat kami warga kelas 4 Aktif 2010 terima pada awal bulan yang lalu.... Cantik... Antara bahagian yang kami suka adalah design bahagian belakang yang 'glow in the dark'.... Mantop!!!! Thanks kepada pihak 'penaja' *hehe*, Cik Aysha dan keluarganya kerana sudi bekerjasama dengan kami semua yang banyak kerenah nih... Semoga bleh 'sponsor' lg lain kalu *gurau*... Heh....


Nikmati gambar2 saat baju-baju masih berbau plastik ni k...


Memasing sibuk nak try baju... Nek tumpang gembira k... Sebrina siap mengacu2 baju blakang tuh...

Nape x pakai je baju tu Rain?

Bhg paling best! Blakangnyer glowing....

Jangan lupa scroll down k .....
.
.
.


















Model Jejaka Maskulin

Model pertama... Yasser shy guy....


Model kedua - Nadhir nerd-look alike guy!!! *wink*


Model ketiga - Acap the samseng look alike... *haha*


Model ke-4 - Zuraidie the maze-builder *hehe*


Model ke-5 - Zufar the gamer


And the winner ........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Luqman the poyo-cramp guy... Cian... Tu ar nak beronggeng x tunggu cikgu...

Akhir kata, terima kasih atas kerjasama semua yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak.... Sayang korang semua....

Kekejaman di 4 Aktif 2010...

Pada 19/5/2010, satu kekejaman telah berlaku di kelas 4 Aktif 2010 melibatkan mangsa bersama 3 orang suspek... Dipercayai kepala mangsa telah terputus dari badannya angkara kekejaman para suspek iaitu Acap, Mu'iz, Fareez dan Rain... Mangsa dipercayai menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian pada jam 10.15 pagi... Pihak wartawan dari scoutmail, En Mohd Firdaus, menegaskan bahawa beliau tidak bertanggungjawab atas segala kejadian yang telah berlaku dan turut menegaskan agar pihak yang bertanggungjawab tampil untuk dibicarakan serta dikenakan hukuman yang setimpal dengan kekejaman yang telah dilakukan...


Berikut merupakan gambar-gambar mangsa yang masih berada di tempat kejadian..

Thursday 22 July 2010

Lost In 4 Active.....

Alamak!!! Apa yang lost nih... jeng jeng jeng.... dipersilakan semua warga KD10 datang ke kelas kami 4 Aktif untuk memeriahkan lagi suasana riang ria Hari KoKo terakhir utk tahun 2010 ini.... wah bestnyer...

Tapi nape 4Aktif?

Sebab 4 Aktif 2010 akan mengadakan permainan 'Kota Sesat' @ Lost In 4 Active..... rasailah sendiri kesesatannya..... masuk cuma RM2/person... tapi kalu masuk berdua dpt diskaun singgit... so RM3/2....

Syok wooo.... Mai ar join...

Kepada warga 4 Aktif... jgn lupa persiapan kita utk men'taichi' kelas kita kita petang esok (Jumaat) ok...... Yang penting kita enjoy.... 4 Aktif 1 Malaysia..... ngeh ngeh ngeh........

Sayang kowang semua!!!!!!!

Saturday 17 April 2010

Jamuan Makan2 1 Malaysia...

Sedap nyer... Bulan depan sblm exam buat jamuan lg ek...

Lepas-lepas kenyang main catur plak... Sharif da pening tuh... Rain jd pengadil...

Ha.. Jempot makan...

Pada 14/4/2010, kelas 4 Aktif 2010 telah mengadakan jamuan kelas. Sesaje je buat. Diorang igt sempena entry selamat tinggal 4 Aktif aritu tuh... Haha... Lawak la korang nih.... Cingu x kemana... Paling koman pon 3 tahun br ble tukar tau... Tp x tau ar kot2 kna pindah ke seksyen 8 tahun depan... Tgk la rezeki katne...

Tp, walau sejauh mana pon jarak kita, biarlah FB n blog ni kekal jd alat komunikasi kita ek... Always keep in touch k!!! Nnt cikgu wat shout box k...

Berbalik pada jamuan pulak, juadahnya semua seimbang... Kurang lemah, kurang gula n kurang minyak... Lebih sayur (salad yg Sebrina bwk), buah2an (tembikai n mangga x silap) dan senyum manja kalian.... Cikgu rindu kat korang..... Bln 5 nyer jamuan kita panggil skali cikgu2 praktikal tu k....

Ok, ready utk project seterusnya, T-Shirt Kelas 4 Aktif!!!!

Sesi Bergambar Yang Meriah!!!!



Pada 7/4/2010, kelasku telah dipanggil untuk sesi bergambar utk majalah sekolah... Hebat btol diorg panggil ms daku br mula nk mengajar... Maka tergendala ar seketika... Suasana terlalu happening sampai cikgunya pon x dpt nk kawal 'kelakuannya'... Hehe... Mujur pkai baju kurung. Nampak ler 'lemah-lembap' nyer... Kalu pkai seluar tu rasanya 'sopan-setan' ckit kot.... Heh...

Papepon student 4 Aktif 2010 mmg best of the best.... Rugi sape x dtg ari tuh... Kelas lain mesti jeles nyer nga aktiviti kita ek.... Heh... I love U all... Wat elok2 SPM 2011 nnt.....

Monday 5 April 2010

Selamat Tinggal 4 Aktif 2010....

Selamat tinggal 4 Aktif 2010... Huhu... Adakah kalian terasa dengan pemergiannya? Ni bukan cerita sedih sangat. Masih ok-ok lg... Cuma bermula minggu ini kelas 4 Aktif telah kehilangan 3 orang pelajarnya... Mungkin ucapan selamat tinggal 4 Aktif terucap di bibir mereka.

Syahid, Dinesh dan Azim telah mengubah haluan aliran apabila mengambil keputusan untuk 'melarikan diri' daripada Sains Tulen. Atau mungkin lebih tepat dikatakan mereka ingin berkecimpung dalam bidang Perakaunan.... Syahid telah 'meletak jawatan' sebagai pelajar 4 Aktif bermula hari Rabu/31.03.10. Azim dan Dinesh pula memulakan tirai minggu ini (Isnin/05.04.10) sebagai bekas pelajar 4 Aktif 2010...

Saya yakin kalian telah fikirkan semasaknya apa yang tebaik untuk masa depan kalian. Berbekalkan semangat dan dorongan daripada Miss V, semoga segala cabaran dan dugaan dapat ditempuhi secekalnya...

Hm... Diharap kalian bertiga akan terus gagahkan diri untuk melakukan yang terbaik demi masa depan kalian. Jangan malas-malas wat homework, jgn ponteng-ponteng kelas ke, sekolah ke solat ker... Jdlah orang yg berguna walaupun bukan untuk nusa dan bangsa tetapi setidak-tidak nya untuk diri sendiri kerana kalian adalah lelaki. Lelaki seperti kalianlah yang akan membentuk dan memimpin keluarga, isteri dan anak-anak agar terus menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang!!!