:: Selamat Datang :: Welcome :: Huang Hying :: Vanekem ::

Friday 15 October 2010

Peperiksaan Akhir Tahun 2010 Sudah Datang...

Tahniah pada semua warga pelajar KD10 kerana akan menduduki peperiksaan setelah hampir 10 bulan berhempas pulas belajar bersungguh-sungguh... Apa yang perlu korang buat adalah ulangkaji + ulangkaji + ulangkaji dan luahkan hasil pelajaran korang tu di atas kertas jawapan... Apa yang korang semua luahkan tu adalah masa depan korang... Jangan sia-siakan masa yang Tuhan beri sekarang nih... Gunakan kelebihan otak yang Tuhan beri kerana kalau korang tak gunakan sewajarnya untuk perkara baik dan berfaedah, korang da sama standard dengan haiwan...

Haiwan ada otak malah ada yang otaknya lebih besar daripada matanya tapi mereka tak dapat berfikir sewaras manusia... Tindakbalas haiwan berlaku melalui perasaan mereka... Sebab tu binatang sayangkan anak lebih dari segalanya. Tak seperti manusia yang berotak seperti binatang yang sanggup buang, dera, bunuh anak mereka... *termasuk topik lain pulak...*

Kepada yang telah menduduki peperiksaan Tasawur Islam dan Prinsip Akaun Khamis & Jumaat tu diucapkan tahniah da melepasi 2 subjek... Tapi terus lakukan yang terbaik untuk peperiksaan seterusnya. Cikgu tau korang da lakukan & cuba lakukan yang terbaik... InsyaAllah, usaha korang tu akan membuahkan hasil. Kalau tak sekarang pon, hasilnya mungkin akan nampak 20 tahun lagi bilamana anak korang pulak yang akan mengikut jejak langkah korang....

Ingat! Anak adalah hasil asuhan ibubapa @ penjaganya.. Baik asuhannya, baiklah jadinya... Salah asuhan, parah ar korang nak jaga anak-anak korang nanti...

Akhir kata "SEMOGA BERJAYA DAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010"